awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 5,000 ikuti Program Khas Haji sejak 2011 - PM Najib

Bernama
Bernama
26/08/2016
11:27 MYT
Lebih 5,000 ikuti Program Khas Haji sejak 2011 - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak 2011 lebih 5,000 orang imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung berjaya dihantar menjadi tetamu Allah di Baitullah melalui program khas haji.
Lebih 5,000 imam masjid dan ketua kampung telah memperoleh manfaat daripada Program Khas Haji sejak dilancarkan pada 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Alhamdulillah, sejak 2011 kita telah berjaya menghantar lebih 5,000 orang imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung menjadi tetamu Allah di Baitullah melalui program khas haji ini.
"Saya doakan kesemua mereka dan jemaah haji kita mendapat haji mabrur, mudah-mudahan Insya-Allah," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.
Dalam catatan itu, Najib turut memuat naik sebuah video berdurasi 7 minit 25 saat yang menceritakan perjalanan beberapa orang imam dan ketua kampung bertuah yang menerima surat tawaran haji pada tahun ini.
Antara yang ditampilkan ialah Na'aman Md Aris, 64, imam dari Kuala Lumpur; Mohd Sidek Palil, 69, (imam, Tanjong Karang) dan Osman Suhaimi, 63, (Pengerusi JKKK, Port Dickson) yang rata-rata tidak dapat ke Tanah Suci kerana kekangan kewangan, selain fokus menguruskan kebajikan keluarga masing-masing terlebih dahulu.
Mereka merupakan antara 1,100 orang imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima surat tawaran menunaikan haji daripada perdana menteri dalam satu majlis di Putrajaya pada 25 Julai lepas.
Program tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad itu bertujuan menghargai sumbangan berterusan golongan imam, ketua kampung dan pengerusi JKKK terhadap masyarakat dan umat Islam.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#imam masjid
#ketua kampung
#Program Khas Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan