awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 600,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin

Bernama
Bernama
24/02/2022
02:33 MYT
Lebih 600,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Vaksinasi harian semalam menyaksikan 143,749 dos vaksin diberikan meliputi 47,876 dos pertama, 493 dos kedua dan 95,380 dos penggalak.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 661,752 individu atau 18.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,274,843 individu atau 60.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,946,057 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,224,993 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,799,485 individu atau 90.0 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,889,543 atau 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan 143,749 dos vaksin diberikan meliputi 47,876 dos pertama, 493 dos kedua dan 95,380 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 66,589,636.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 55 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor melaporkan 10 kes, diikuti Sabah (9), Johor (8), Perak (7), masing-masing empat kes di Kedah, Melaka dan Pahang, masing-masing tiga kes di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, manakala satu kes direkodkan masing-masing di Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#PICK
#populasi dewasa
#vaksinasi kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan