awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi

Bernama
Bernama
16/03/2023
04:36 MYT
Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som ketika berucap pada Istiadat Paluan Berundur Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan lebih 700 anggota baharu, bagi mengisi kekosongan jawatan bagi memantapkan perkhidmatan dalam menjaga keselamatan perairan negara, kata Ketua Pengarah APMM Laksama Datuk Mohd Zubil Mat Som.
"Sekarang kita masih kekurangan lebih kurang 20 peratus daripada hampir 4,000 perjawatan yang diluluskan dan kita harap dapat diisi secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada majlis istiadat paluan berundur sempena persaraan beliau di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.
Mohd Zubil akan bersara wajib pada 19 Mac ini setelah berkhidmat selama 41 tahun dalam perkhidmatan awam, termasuk menerajui APMM sejak 19 Ogos 2019. Timbalan Ketua Pengarah Logistik APMM Datuk Saiful Lizan Ibrahim akan memangku tugas berkenaan.
Mohd Zubil berkata APMM berdepan cabaran besar dalam menjaga keselamatan perairan negara, terutamanya berkaitan kes penyeludupan rokok dan pendatang tanpa izin.
"Kalau dulu kita lihat ancaman jenayah 'tradisional', tetapi sekarang ini kita lihat kes-kes penyeludupan rokok dan pendatang, turut berkait dengan pengubahan wang haram.
"Bukan itu sahaja, di belakang itu (kes penyeludupan), ada (sindiket) yang lebih besar tapi yang kita nampak hanya luaran sahaja dan itu yang perlu kita banteras," katanya.
Justeru, Mohd Zubil berkata APMM akan menghantar pegawainya untuk mempelajari undang-undang dan peraturan berkaitan pengubahan wang haram, untuk mengukuhkan pengetahuan berhubung kegiatan jenayah itu.
"Mereka yang berkelayakan bukan sekadar tangkap dan menuduh mengikut akta, tetapi akan mahir mengenal pasti aspek pembayaran dan pengubahan atau proses dalam aspek dikatakan pengubahan wang haram. Ini untuk membantu memudahkan dalam operasi serta siasatan kes," katanya.
Dalam pada itu, semasa berucap Mohd Zubil mengingatkan warga APMM terutamanya generasi muda dalam agensi berkenaan, supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas terutamanya di lapangan.
"Sekiranya isu intergriti tidak dibendung, ia akan memudaratkan kerana mereka yang terlibat disifatkan sebagai musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.
"Ini kerana keselamatan negara telah dijual beli demi kepentingan diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#kekosongan jawatan
#Mohd Zubil Mat Som
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan