Lebih 7,000 usahawan KL dan Selangor terima manfaat pelbagai kemudahan MARA

Sebanyak 24 usahawan dari Kuala Lumpur dan Selangor dinobatkan sebagai penerima AURA Peringkat Negeri, bagi 12 kategori yang dipertandingkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 7,378 usahawan di Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima manfaat daripada pelbagai kemudahan disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sepanjang 2024 hingga 2025.
Ringkasan AI
- 7,378 usahawan di Kuala Lumpur dan Selangor mendapat manfaat kemudahan MARA dari 2024 hingga 2025, dengan peruntukan melebihi RM180 juta untuk pembiayaan, geran, dan latihan.
- MARA memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembentukan ekosistem keusahawanan Bumiputera yang mampan, membolehkan usahawan memasarkan produk ke luar negara melalui program Gate to Global.
- Majlis Anugerah Usahawan MARA Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menganugerahkan 24 usahawan, termasuk kategori baru Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA MADANI.
"Ini juga bukti bahawa MARA bukan sekadar agensi pembiayaan, tetapi pemangkin sebenar kepada pembentukan ekosistem keusahawanan Bumiputera yang mampan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi.
Sebanyak 24 usahawan dari Kuala Lumpur dan Selangor dinobatkan sebagai penerima AURA Peringkat Negeri, bagi 12 kategori yang dipertandingkan.
Antara kategori yang menjadi tumpuan termasuk Anugerah Usahawan Inspirasi Wanita, Anugerah Jenama Terbaik dan Anugerah Tokoh Usahawan MARA, selain kategori baharu Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA MADANI.
Kategori utama iaitu Anugerah Tokoh Usahawan MARA Negeri Selangor dimenangi Zuraiman Baharum dari syarikat perkhidmatan automotif Maxipura Sdn Bhd, manakala Anugerah Tokoh Usahawan MARA Kuala Lumpur dimenangi Sharizan Saad daripada perkhidmatan Nats Catering Sdn Bhd.
AURA merupakan pengiktirafan tertinggi atas kecemerlangan prestasi di bawah ekosistem MARA, dianjurkan secara dwitahunan berselang seli dengan penganjuran di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


