Skip to main content

Malaysia

Lebih 7.8 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat 29 Jun - Dr Adham

41622199401_AdhamBaba.jpg
KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

"Sebanyak 231,733 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam," katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.


Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 287,127 orang, diikuti Sarawak (246,259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188,690).

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video