KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak menyambut baik pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu dan berharap dapat mengkaji dengan lebih lanjut pendekatan republik itu dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Wong sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura memiliki pengalaman serta pandangan dan pemahaman yang baik mengenai hubungan Singapura-Malaysia, khususnya dengan Sarawak.
"Seperti yang anda tahu, beliau adalah Menteri Kewangan dan beliau telah memaklumkan kepada saya dalam perbincangan kami sebelum ini bagaimana beliau membantu golongan B40.
"Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Singapura dan pendekatan mereka melalui penggunaan baucar cukup baik. Mereka memiliki kedai barangan keperluan asas yang dikendalikan melalui kesatuan sekerja... jadi apabila anda bercakap mengenai bantuan bersasar, saya rasa Singapura memiliki pendekatan yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Naroden Majais di sini hari ini.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat republik itu pada 15 Mei ini menggantikan Lee Hsien Loong, yang mengisi jawatan tersebut mulai 2004.
Abang Johari berkata Sarawak telah menikmati hubungan baik dengan Singapura terutama kerjasama dalam sektor perdagangan dan tenaga yang membawa kepada penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) pada 2019.
"Saya yakin peralihan kuasa ini akan berjalan lancar kerana ia masih kerajaan yang sama kecuali pemimpinnya akan bertukar," katanya.
Bernama
Tue Apr 16 2024
Abang Johari berkata, Wong memiliki pengalaman serta pandangan dan pemahaman yang baik mengenai hubungan Singapura-Malaysia, khususnya dengan Sarawak. - Gambar fail
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.