Demi mewujudkan sebuah pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan yang lebih bersistematik di Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) akan menambah anggota penguatkuasaan agama mulai Januari hadapan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Hussin berkata jumlah perjawatan yang mencukupi merupakan antara faktor terbesar menyumbang kepada keberkesanan penguatkuasaan undang-undang syariah.

Sebelum ini, perkongsian pekerja antara daerah-daerah dibuat untuk memenuhi tuntutan kes agar dapat meringankan tugas kerja di tempat tersebut.

“Daerah-daerah seperti Hulu Langat, Petaling dan Kelang mempunyai banyak kes dan disebabkan itu, daerah-daerah ini terpaksa berkongsi pegawai penyiasat dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa bantu daerah-daerah lain juga,” kata Marzuki selepas merasmikan seminar undang-undang jenayah syariah bertemakan transformasi kearah memartabatkan system perundangan Islam di negeri Selangor.

Tambah Marzuki lagi, berdasarkan faktor kekurangan jawatan ini diharapkan pihak Majlis Agama Islam Selangor mengambil perhatian yang unutk menyelesaikan masalah ini

Seminar yang dianjurkan itu bertujuan untuk merealisasikan minda kelas pertama supaya prestasi, kualiti dan mutu perkhidmatan secara menyeluruh dapat ditingkatkan.