awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai pegawai imigresen ditugaskan di pintu masuk utama negara - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
21/05/2023
13:05 MYT
Lebih ramai pegawai imigresen ditugaskan di pintu masuk utama negara - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata. sebagai permulaan, seramai 100 pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu CIQ BSI dan KSAB di Johor. - Gamnbar fail
PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menempatkan lebih ramai pegawai agensi itu di pintu masuk utama negara di Kuala Lumpur dan Johor pada masa akan datang mengikut keperluan bagi menambah kekuatan petugas sekali gus mengurangkan kesesakan di lokasi terbabit.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebagai permulaan, seramai 100 pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor manakala 100 orang lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, bermula esok.
"... selain pasukan respons pantas yang kita tubuhkan secara ad hoc sebelum ini, saya optimis penugasan mereka juga meredakan isu kesesakan di pintu masuk," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas, Tinggi dan Pengurusan Keimigresenan Siri 1 Tahun 2023 di Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di sini hari ini.
Kesemua pegawai terbabit adalah sebahagian daripada 222 orang yang menamatkan latihan itu dan bakinya akan ditempatkan di Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, AIM serta JIM Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sarawak.
Beliau juga berkata JIM telah menyumbang RM5.2 bilion kepada kutipan hasil negara pada 2022 termasuk melalui perkhidmatan agensi itu, kutipan hasil levi dan program seperti Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Katanya sepanjang tempoh 1 Jan hingga 18 Mei lepas, JIM telah melaksanakan sebanyak 3,147 operasi penguatkuasaan yang menyaksikan 35,387 individu diperiksa dan 21,125 pendatang tanpa izin ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pegawai Imigresen
#pintu masuk negara
#petugas
#saufuddin nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan