IPOH: Majlis Belia Negeri Perak menyasarkan 30 peratus keahliannya terdiri daripada golongan wanita, justeru lebih ramai belia wanita disaran menyertai pertubuhan belia di bawah majlis berkenaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani berkata penyertaan lebih ramai belia wanita dapat membantu merealisasikan kepentingan kaum hawa dalam kelompok pembuat keputusan.
"Sebagai langkah pertama, semua pertubuhan belia perlu bergerak ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus keahlian wanita di semua peringkat kepimpinan dalam organisasi masing-masing. Ini masa kita," katanya dalam ucapan Perasmian Karnival Sambutan Hari Belia dan Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan negeri dekat sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah.
Saarani berkata penyertaan dalam sesuatu pertubuhan membantu seseorang belia itu tampil lebih berkeyakinan, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan paling penting menyumbang kembali kepada masyarakat.
Katanya, sudah tiba masanya pertubuhan belia digerakkan oleh generasi berumur 30 tahun dan ke bawah supaya seiring dengan matlamat dan aspirasi anak muda masa kini.
"Saya percaya Majlis Belia Negeri Perak sebagai badan induk pertubuhan belia di negeri ini telah bersedia dengan transisi kepimpinan dan keahlian pertubuhan belia, malah saya juga ingin mencabar pertubuhan-pertubuhan belia kita untuk memastikan komposisi kepimpinan yang lebih inklusif, merangkumi semua kelompok belia," katanya.
Khairudin turut menyampaikan beberapa anugerah belia negeri Perak bagi tahun 2023 pada majlis tersebut.
Muhammad Sharifuddin Mohamad Ishak dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Belia (Ikon Karisma), Diffan Sina Jasmi (Ikon Wirausaha), Muhammad Shahril Mustafa (Ikon Wirausahawan) dan Khuswindera Singh untuk Ikon Daya Maju.
Turut menerima anugerah ialah Muhammad Kamal Syukri Kamaruddin bagi Ikon Relawan Muda, Mohd Afifi Mohd Arif (Ikon Penggiat Sukan) manakala Susieleen Suki untuk Ikon Permata Budi.
Penerima masing-masing membawa pulang piala iringan, sijil serta wang tunai RM2,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Saarani berkata penyertaan lebih ramai belia wanita dapat membantu merealisasikan kepentingan kaum hawa dalam kelompok pembuat keputusan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.