awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM100 bilion dikutip HASiL sejak 2011 hingga kini

Bernama
Bernama
09/12/2021
23:32 MYT
Lebih RM100 bilion dikutip HASiL sejak 2011 hingga kini
Nizom berucap pada Majlis HASiL dan Media: 'An Evening to Remember' di Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya mengutip cukai melebihi RM100 bilion sejak 2011 hingga kini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nizom Sairi.
Beliau berkata kutipan yang diperoleh itu merupakan satu pencapaian yang sangat cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Apa yang lebih membanggakan ialah pencapaian membuat kutipan cukai tersebut diiringi dengan kos kecekapan pungutan yang rendah pada setiap tahun iaitu tidak melebihi RM2 bagi setiap RM100 cukai langsung yang dikutip," katanya ketika berucap pada Majlis HASiL dan Media: 'An Evening to Remember' di sini, malam tadi.
Mohd Nizom berkata HASiL akan sentiasa merangka strategi bagi memudahkan pematuhan cukai secara sukarela yang berteraskan inovasi dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan proses penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa.
Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah memudahkan urusan pembayar cukai dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh dicapai secara dalam talian dan digital di bawah inisiatif "Go Digital for Future Services".
"HASiL juga akan meningkatkan pemahaman dan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat melalui sesi libat urus dan pemantapan aktiviti pendidikan cukai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hasil
#LHDN
#Mohd Nizom Sairi
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan