awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuhraya Guthrie sesak akibat kebocoran asid nitrik

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
14/09/2015
03:13 MYT
Lebuhraya Guthrie sesak akibat kebocoran asid nitrik
Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan anggota bomba dikejarkan ke Kilometer 1.1 Lebuhraya Guthrie, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor, apabila sebuah tong mengandungi asid nitrik yang dibawa sebuah treler, bocor pagi tadi.
Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer berikutan anggota penyelamat terpaksa menutup sebelah jalan menghala ke Shah Alam dan mengalihkan lalu lintas ke laluan Bukit Jelutong bagi kerja pembersihan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian, treler dari sebuah kilang di Rawang itu membawa muatan enam tong asid sulfurik seberat 6,000 kilogram dan tiga tong asid nitrik seberat 3,000 kilogram.
Bagaimanapun, satu tong berisi asid nitrik seberat 1,000 kilogram bocor, menyebabkan asid itu mengalir ke atas jalan.
Asid Tumpah
Asid Tumpah
asid tumpah
Asid Tumpah
Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Menurutnya, pihak bomba berjaya mengawal pengaliran asid menggunakan kaedah penyerapan dan soda ash serta water curtain bagi menghalang wap asid daripada merebak.
Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#asid nitrik
#bomba
#penyelamat
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan