Projek Lebuhraya Pan Borneo yang kini sedang dalam proses pembinaan perlu disiapkan menjelang 2024 seperti yang ditetapkan atau sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata rakyat di Sabah sudah lama menggunakan jalan raya yang tidak sempurna dalam rutin seharian masing-masing.
"Saya difahamkan kebanyakan jalan-jalan di negeri ini tidak dibaiki sehingga siapnya Lebuhraya Pan Borneo itu, contohnya jalan sehala Telupid-Sandakan. Jalan itu merupakan jalan utama yang digunakan oleh beratus kenderaan pada setiap hari dan paling menyedihkan banyak kes kemalangan melibatkan kematian berlaku di kawasan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.
Saddi juga menggesa supaya kontraktor dari Sabah akan terus diberi peluang untuk terlibat dalam pembinaan projek lebuh raya itu meskipun ia telah diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan.
"Saya menyeru agar pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu untuk memastikan ia mencapai tahap kualiti bertaraf dunia seperti yang diharapkan oleh rakyat selaku pembayar cukai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2019
Kontraktor dari Sabah diharap terus diberi peluang untuk terlibat dalam pembinaan projek lebuh raya itu meskipun ia telah diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan. - Gambar fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Lebuhraya Pan Borneo perlu disiapkan sebelum PRU ke-15
Datuk Saddi Abdul Rahman berkata rakyat di Sabah sudah lama menggunakan jalan raya yang tidak sempurna dalam rutin seharian masing-masing.