awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perak peruntuk lebih RM2.3 juta laksana pelbagai program pendidikan
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda bola sepak negara Syed Ahmad meninggal dunia

Bernama
Bernama
01/06/2022
09:49 MYT
Legenda bola sepak negara Syed Ahmad meninggal dunia
Pemergian legenda bola sepak negara era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung menjadi berita duka buat arena sukan negara.
KANGAR: Pemergian legenda bola sepak negara era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung menjadi berita duka buat arena sukan negara.
Anak kepada penyerang berbisa negara itu, Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 40, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar di sini selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
"Allahyarham berusia 76 tahun dimasukkan ke wad hospital berkenaan dua hari lepas dan kesihatannya sudah merosot sejak sebulan lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Syed Abu Bakar berkata jenazah bapanya dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau hari ini.
Syed Ahmad meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali, 75, bersama lima cahaya mata.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda bola sepak
#Syed Ahmad Syed Abu Bakar
#meninggal dunia
#serangan jantung
#arena sukan negara
#Samihah Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan