awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki 37 tahun individu pertama didakwa di bawah Akta Anti-Menghendap

Agensi
Agensi
09/08/2023
11:42 MYT
Lelaki 37 tahun individu pertama didakwa di bawah Akta Anti-Menghendap
Lelaki itu didakwa mengintip dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang jurugambar wanita selama beberapa tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 37 tahun akan menjadi individu pertama di negara ini yang akan didakwa di bawah Akta Anti-Menghendap yang baharu.
Lelaki itu didakwa mengintip dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang jurugambar wanita selama beberapa tahun, menghantar gambar lucah dirinya, malah mengikuti wanita berkenaan ke United Kingdom.
The Star melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baru digubal berkaitan dengan jenayah menghendap.
“Dia akan dibawa ke mahkamah Shah Alam dalam tempoh dua hari lagi untuk menghadapi pertuduhan,” katanya memetik laporan The Star, pada Rabu.
Undang-undang baharu mentakrifkan menghendap sebagai tindakan gangguan berulang yang bertujuan untuk, atau mungkin menyebabkan kesusahan, atau ketakutan kepada sesiapa sahaja.
Media sebelum ini melaporkan jurugambar tersebut, Acacia Diana, telah membuat laporan polis mengenai gangguan yang diterima dalam talian sejak 2018.
Dalam satu siri ciapan di Twitter pada Julai 2023, dia memperincikan bagaimana dia diintip dan diganggu secara seksual oleh seorang lelaki selama hampir lapan tahun.
Lelaki itu ditangkap di United Kingdom namun dibebaskan dengan ikat jamin.
Acacia mendakwa polis UK berhasrat mendakwa lelaki itu dengan dakwaan melakukan gangguan seksual dan menghendap tetapi lelaki itu bertindak pulang ke Malaysia dan gagal hadir ke mahkamah.
Topic Berkaitan
#akta anti menghendap
#Acacia Diana
#Twitter
#jurufoto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan