awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ada lapan rekod jenayah diberkas pecah masuk rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2023
00:00 MYT
Lelaki ada lapan rekod jenayah diberkas pecah masuk rumah
Antara barang yang dirampas untuk membantu siasatan. - Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
"Pengadu telah keluar meninggalkan rumah untuk mengambil anak angkatnya di SS 19, di sini pada jam 9.25 pagi dan pulang semula ke rumah kira-kira setengah jam kemudian.
"Pengadu mendapati beg milik dia dan kakaknya yang mengandungi dokumen penting serta wang tunai telah tiada," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Wan Azlan berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali telah memecah masuk ke dalam rumah.
"Pengadu mendakwa kerugian dianggarkan RM5,800," katanya.
Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun itu berjaya diberkas di belakang sebuah restoran di sini kira-kira jam 11.30 pagi, Isnin.
"Kita berjaya merampas beberapa barangan termasuk barangan milik pengadu yang dilaporkan hilang," katanya.
Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan satu rekod berkaitan kes dadah.
"Suspek direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau pegawai penyiasat Sarjan Saiful Adnin Mohammad Ali di talian 019-2292642," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#pecah masu
#Wan Azlan Wan Mamat
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan