Misteri bau busuk sehingga menyengat hidung terungkai berikutan penemuan mayat seorang lelaki warga Australia di sebuah kondominium mewah di Bangsar pada Rabu.

Mayat mangsa ditemui oleh pekerja pembersihan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika sedang membersihkan halaman rumah tersebut.

Curiga dengan pintu rumah mangsa yang sentiasa terbuka, saksi cuba memeriksa rumah berkenaan.

Dia bagaimanapun terkejut apabila mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah di dalam sebuah bilik.

Pemeriksaan forensik mendapati mangsa telah mati lebih lima hari.
Menurut keterangan, mangsa berusia 40-an itu dikatakan kali terakhir dilihat pada Rabu minggu lalu.

Punca kematian masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.