awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Mindef sedia tebus guna tanah rizab, lapang sasar lama bina rumah anggota ATM
PM Jepun Sanae Takaichi umum bubar Parlimen Jumaat ini, pilihan raya 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh ditahan cuba berlepas di KLIA dengan PLKS palsu - AKPS

Bernama
Bernama
19/01/2026
09:00 MYT
Lelaki Bangladesh ditahan cuba berlepas di KLIA dengan PLKS palsu - AKPS
Lelaki berumur 39 tahun itu ditahan di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 semasa pemeriksaan penumpang penerbangan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ketika cuba berlepas ke Dhaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berumur 39 tahun itu ditahan sekitar 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 semasa pemeriksaan penumpang penerbangan AirAsia yang dijadual berlepas pada 7.25 malam.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati individu berkenaan, pemegang pasport Bangladesh, memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan di dalam pasportnya. Namun, semakan lanjut mendapati pas tersebut disyaki tidak sah dan palsu," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, AKPS memaklumkan individu tersebut telah ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan negara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan penyalahgunaan dokumen perjalanan atau pas imigresen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#KLIA
#PLKS
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan