awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh ditahan liwat kanak-kanak lelaki di stor gerai makan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2018
02:21 MYT
Lelaki Bangladesh ditahan liwat kanak-kanak lelaki di stor gerai makan
Suspek kemudiannya bertindak mengurung mangsa di dalam stor terbabit bagi melakukan tindakan terkutuk itu.
Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai meliwat seorang kanak-kanak lelaki di sebuah stor berhampiran gerai makan Selera Jaya, Jalan 223.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata sewaktu kejadian itu, mangsa difahamkan berada di dalam stor berkenaan bagi mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas sebelum didatangi suspek berusia 36 tahun itu.
Mohd Zani berkata, suspek kemudiannya bertindak mengurung mangsa di dalam stor terbabit bagi melakukan tindakan terkutuk itu.
“Bapa mangsa yang mengetahui anaknya telah diganggu oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada jam 2.02 pagi tadi,”katanya.
Menerusi siasatan awal, Mohd Zani berkata suspek dipercayai telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa berkali-kali sewaktu kejadian itu.
Malah, Mohd Zani berkata, suspek terbabit sebelum ini pernah cuba meliwat mangsa serta menawarkan RM150 sebagai habuan.
“Polis berjaya menahan suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.
Tambah beliau, mangsa juga akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Kanak-kanak
#liwat
#mangsa
#Mohd Zani Che Din
#perubatan
#Petaling Jaya
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan