awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berdepan hukuman gantung edar 2.3 kilogram dadah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
15/07/2021
11:56 MYT
Lelaki berdepan hukuman gantung edar 2.3 kilogram dadah
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.
KUCHING: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuching di sini pada Khamis atas kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Chong Chin Fah, 32, pada 5 Julai lalu, ditahan sekitar pukul 6.05 petang oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di Terminal Bas Kuching Sentral ketika menuntut kiriman bungkusan yang dihantar dari Miri.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 48 paket yang bercetak Juice Master mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi MDMA yang telah dicampur dengan serbuk jus seberat 2.343 kilogram dengan anggaran nilai RM140,580.
Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM889 dan sebuah kenderaan Toyota Vios yang dianggarkan bernilai RM25,000.
Pada prosiding tersebut, Zaiton menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan kimia.
Pendakwaan telah dilakukan Pegawai Pendakwaraya JKDM Sarawak, Masdi Umar manakala tertuduh diwakili peguam, Benedict Khu.
Topic Berkaitan
#edar dadah
#Majistret Kuching
#Chong Chin Fah
#Majistret Zaiton Anuar
#ekstasi MDMA
#Kastam Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan