awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berkempen PRU15, halang tugas polis ditahan

Bernama
Bernama
15/10/2022
09:16 MYT
Lelaki berkempen PRU15, halang tugas polis ditahan
Seorang pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2, petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2 di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakannya memberikan ucapan awam menggunakan pembesar suara dan menghalang lalu lintas kira-kira 5.45 petang.
Beliau berkata polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki terbabit sedang memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik dan berkempen berhubung Pilihan Raya Umum ke-15.
"Kita menasihati individu tersebut untuk beredar tetapi dia enggan dan bertindak melakukan provokasi.
Individu itu dibebaskan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas serta Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana telah membuat halangan di jalan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen PRU15
#halang tugas polis
#Taman Koperasi Polis Fasa 2
#pemimpin akar umbi parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan