awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berlagak samseng pegang kayu di Tol Sg Long ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/01/2026
07:05 MYT
Lelaki berlagak samseng pegang kayu di Tol Sg Long ditahan
Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam, Sabtu. - Gambar fail
KAJANG: Seorang lelaki yang berlagak seperti samseng dengan memegang objek disyaki kayu di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE), di sini Jumaat lalu, ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu ditahan di Semenyih, kira-kira jam 10.30 malam, Sabtu.
Menurutnya, suspek direman selama tiga hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.
"Semakan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Naazron berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9740758 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan dua individu dengan salah seorang daripadanya memegang objek disyaki kayu bergaduh di Plaza Tol Sungai Long, EKVE menghala ke Balakong.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu itu turut menyebabkan halangan lalu lintas kepada pengguna lebuh raya lain.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#rekod jenayah lampau
#Tular
#gaduh pegang kayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan