awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami isteri maut dibunuh: Terdapat 11 kesan tikaman di leher, dada
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bogel tunggang motosikal dipercayai punyai masalah mental

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/08/2021
06:50 MYT
Lelaki bogel tunggang motosikal dipercayai punyai masalah mental
Lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya. - Media sosial
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel di Jalan Muthupalaniappan, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipercayai mempunyai masalah mental.
Insiden tersebut tular selepas video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, lelaki itu telah dikenal pasti dan dirujuk ke unit psikiatri Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk tindakan selanjutnya.
"Lelaki itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian.
"Lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Shafee menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti keluarganya.
Terdahulu, video seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tanpa mengenakan topi keledar tular dalam media sosial sejak semalam.
Topic Berkaitan
#Tular
#video
#lelaki bogel
#Bukit Mertajam
#masalah mental
#polis
#PDRM
#viral
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan