awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera parah selepas ditetak dengan parang di Pontian

Bernama
Bernama
15/02/2022
10:06 MYT
Lelaki cedera parah selepas ditetak dengan parang di Pontian
Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditetak dengan parang di sebuah restoran di Benut, Pontian, petang semalam.- Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditetak dengan parang di sebuah restoran di Benut, Pontian, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.12 petang.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan siasatan bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa yang cedera parah akibat kesan tetakan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Menurut saksi kejadian, terdapat dua individu disyaki melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran JTS 6816, setelah semakan dibuat, ia didapati palsu.
"Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran terbabit ada merekodkan kejadian dan akan dijadikan sebagai bukti kukuh," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
"Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Inspektor Muhammad Syamil A Fadzil menerusi talian 013-714 5506 bagi membantu polis mengesan dua suspek terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditetak
#ditetak dengan parang
#cedera parah
#Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan