awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cuba bunuh anggota polis dipenjara lima tahun, denda RM10,000

Bernama
Bernama
25/11/2025
08:40 MYT
Lelaki cuba bunuh anggota polis dipenjara lima tahun, denda RM10,000
Tertuduh didakwa memandu kereta sehingga menyebabkan anggota polis lelaki terbabit terheret dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian. - Gambar hiasan
KLANG: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kereta, dua minggu lepas.
Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar memerintahkan Mohammad Arif Selamat, 33, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 13 Nov lepas selain 12 bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa memandu kereta sehingga menyebabkan anggota polis lelaki terbabit terheret dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian, di sebuah stesen minyak di Klang, kira-kira 3 petang pada 12 Nov.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menjaga ibu dan bapanya berusia 61 tahun yang mempunyai masalah sakit jantung.
Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi memohon hukuman berat bagi mengambil kira keseriusan kes itu yang tular melalui media sosial, selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Taman Sri Andalas di sini telah terserempak dengan sebuah kereta disyaki terlibat kes samun sebelum mengekori kenderaan itu ke sebuah stesen minyak.
Mangsa kemudian cuba menahan pemandu kereta terbabit, namun semasa proses tangkapan, Mohammad Arif bertindak agresif dengan menolak anggota polis berkenaan.
Lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan memecut kereta sehingga mengheret mangsa dan hampir menggilis kakinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan bunuh
#polis
#hukuman penjara
#denda
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan