IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya bulan lalu.
Tertuduh, Ibrahim Abdullah, 51 tahun, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.
Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian isterinya, Fatimah Manikam Abdullah, 44 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tawas, Ipoh, antara jam 10 malam 26 Januari dan 3.05 petang 27 Januari lalu.
Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menerima laporan perubatan dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 10 2022
Ibrahim (dua kiri) mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Afrika Selatan akan hantar pulang pembunuh wira anti-aparteid Chris Hani ke Poland
Janusz Walus menembak mati Hani di luar rumahnya di Boksburg, timur Johannesburg, pada April 1993.
Pemuda tikam ibu kandung direman tujuh hari
Mahkamah Majistret di sini pada Khamis membenarkan perintah reman tujuh hari terhadap pemuda yang dipercayai menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Felda Ayer Hitam.
Kes bunuh pelajar vokasional: Saksi cuba tenangkan tertuduh kedua
Saksi pendakwaan ke-15 juga melihat dan cuba menenangkan mangsa, yang ketika itu tersandar di almari dalam keadaan tidak berbaju, merayu memohon maaf kepada tertuduh kedua.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa minta tolong, tak tahan sakit dipukul - Saksi
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu mahkamah mangsa yang ditemukan mati di kolej itu, ada meminta tolong kerana kesakitan.
Wanita Indonesia yang terlepas hukuman mati di Arab Saudi, pulang ke tanah air
Selepas bertahun-tahun usaha diplomatik yang diketuai kementerian dan Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, hukuman wanita itu dikurangkan.
Kes bunuh: Mahkamah diberitahu dua saksi nampak pelajar dipukul
Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul berkata mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana takut mereka juga akan turut dipukul.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 107 kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa
Seorang pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat 107 kecederaan ditemukan pada mayat pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran keluarga tertuduh tidak ugut saksi
Hakim memberi amaran kepada keluarga 13 pelajar yang dituduh membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu supaya tidak mengganggu saksi.