awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis

Bernama
Bernama
20/06/2024
10:15 MYT
Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di Jalan Persiaran Tengah, Horizon Hills, Iskandar Puteri, kira-kira 2.30 petang, 8 Jun lepas. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.
Pertuduhan terhadap T. Gaushigan, 28, dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di Jalan Persiaran Tengah, Horizon Hills, Iskandar Puteri, kira-kira 2.30 petang, 8 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula bagi laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd Rozi, manakala Gaushigan tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#kanabis
#kes mahkamah
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan