KUALA KANGSAR: Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Asyraf Ahmad Suhaimi , 28, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan tersebut terhadap seorang individu dengan niat menyakiti hati orang lain.
Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.
Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Jan 2020.
Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pengadu membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas berasa sakit hati kerana komunikasi yang dihantar OKS menunjukkan gambarnya dalam keadaan mengaibkan.
Bertindak daripada aduan tersebut, sepasukan anggota polis dan pegawai MCMC membuat serbuan di sebuah rumah di Taiping serta merampas barangan antaranya telefon bimbit dan unit kad sim dan menemukan komunikasi lucah berkenaan hasil analisis forensik.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC Siti Hajar Sulaiman manakala OKS tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Jan 2020. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
'Tak rasa sebab bukan usaha anda...' - Azhan Rani terkilan Khunsa jadi mangsa cetak rompak
Azhan menerusi akaun Instagramnya telah menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang tanpa rasa malu menonton hasil karya penggiat seni secara haram menerusi aplikasi Telegram.
Telegram dihalang di Sepanyol kerana isu cetak rompak
PERKHIDMATAN Telegram di Sepanyol telah dihalang kerana isu cetak rompak.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Elak jadi mangsa penipuan 'Telegram Takeover'
Awas jika anda menerima pesanan Telegram mencurigakan dari kenalan, keluarga atau saudara-mara, kerana aplikasi tersebut terdedah kepada jenayah penipuan, 'Telegram Takeover'.
Telegram sedia bekerjasama dengan SKMM perkemas isu kawal selia platform - Fahmi
Fahmi berkata selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu, turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).
Dua lagi anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan
Dua lagi anggota daripada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita, Isnin lepas.
Telegram View Once kini boleh digunakan untuk mesej suara dan video
Penerima hanya akan boleh mendengar mesej suara, atau melihat mesej video yang dihantar sekali sahaja sebelum dipadam secara automatik.
PDRM kesan waran tangkap palsu di aplikasi WhatsApp, Telegram
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan elemen penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar mesej waran tangkap palsu kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Jururunding rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang jururunding mengalami kerugian sebanyak RM1.65 juta akibat membuat pelaburan mata wang kripto menggunakan platform 'Unobitex' yang tidak wujud.