MARAN: Perbuatan seorang penganggur 'memaksa' polis mengejarnya sejauh lebih 70 kilometer (km) Khamis lalu membawa padah, selepas Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadapnya selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk menghalang tugas penjawat awam.
Majistret Nur Syafiqah Noorinda memerintahkan Mohamad Asyraf Haniff Ramlee, 25, yang beralamat di Felda Ulu Jempol di sini, dihukum penjara 24 bulan dan denda RM5,000 atau jika gagal dibayar, 10 bulan penjara, selain lesen memandu digantung dua tahun kerana memandu secara melulu serta merbahaya.
Bagi kesalahan menghalang tugas anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan Koperal D.Kalaiselvan, tertuduh yang bertubuh kecil itu dipenjarakan selama 20 bulan manakala untuk kesalahan melanggar sebuah kereta akibat cuai, tertuduh dihukum penjara tiga bulan.
Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 4.30 petang, 11 Mac lalu di jalan besar simpang lampu isyarat Plaza Tol Maran di sini, dengan hukuman penjara diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu semasa cuba melarikan diri menggunakan kenderaan Honda Odyssey, selepas Kalaiselvan mengarahkannya untuk berhenti di Jalan Tanah Putih, Kuantan kerana menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu, selain nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.
Bagaimanapun, tertuduh dikatakan enggan berhenti dan terus memecut ke arah Jalan Gambang-Kuantan, menyebabkan Kalaiselvan meminta bantuan daripada IPD Kuantan yang kemudiannya menghantar kereta peronda (MPV), untuk turut mengejar kereta tertuduh yang menghala ke Maran.
Ketika itu, kereta tertuduh telah melanggar sebuah kereta Toyota dipandu seorang lelaki selain turut membuat pusingan U secara berbahaya, selepas menyedari polis IPD Maran telah membuat penghalang di jalan utama ke plaza tol tersebut.
Tindakan tertuduh menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke tayar hadapan kiri kenderaan tertuduh, namun dia masih enggan berhenti dan terus melarikan diri ke arah Kuantan, dengan dikejar Kalaiselvan dan empat MPV polis.
Tertuduh akhirnya berjaya diberkas selepas keretanya terbabas berhampiran ladang kelapa sawit di Felda New Zealand di sini.
Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu supaya hukuman penjara terhadapnya berjalan serentak manakala Timbalan Pendakwa Raya Anasuha Atiqah Mat Saidi memohon hukuman setimpal diberikan.
"Semoga hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada tertuduh untuk memberikan kerjasama kepada polis selepas ini, selain sebagai peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan sama," katanya.
Pada prosiding itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki methamphetamine berat kasar 0.21 gram pada masa dan tempat sama, dengan mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 26 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Penganggur Mohamad Asyraf Haniff Ramlee, 25, dijatuhkan hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan. - Foto BERNAMA
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
Lelaki dikejar polis sejauh 70km kena penjara, denda
Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 4.30 petang, 11 Mac lalu di jalan besar simpang lampu isyarat Plaza Tol Maran.