Skip to main content

Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah

Seorang lelaki terselamat manakala seorang rakannya masih hilang dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah Ulu Kinta Tambun, awal pagi Jumaat.      Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Mohd Jumadi Abd Aziz, 34 tahun manakala yang hilang dikenali Ridzuan Zulkarnain, 32 tahun. _JBPM
Usaha mengesan mangsa hilang sedang dilaksanakan pada pagi ini. - Foto JBPM

IPOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas, manakala rakannya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Ridzuan Zulkarnain, 32, manakala Mohd Jumadi Abd Aziz, 34, berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 1.14 pagi.

Advertisement

“Kita terima laporan berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah malam melalui pihak pengurusan empangan yang mengesan dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya dipercayai telah tenggelam.

“Usaha mengesan mangsa hilang sedang dilaksanakan pada pagi ini oleh unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Perak, manakala mangsa yang terselamat telah kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata punca sebenar yang menimpa kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

Must Watch Video