KUALA TERENGGANU: Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira 11.20 pagi tadi.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Yusmizan Yusof berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.31 pagi daripada pihak hotel, tempat mangsa bersama keluarga menginap.
Beliau berkata mangsa Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, berasal dari Kuala Lumpur hilang selepas dihanyutkan ombak ketika bersiar-siar di tepi pantai.
"Seramai 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan lima jentera dari BBP Kuala Terengganu digegaskan ke lokasi kejadian pada 11.32 pagi.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan. Kejadian ini adalah yang pertama di Kuala Terengganu untuk tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Yusmizan berkata operasi SAR berdepan kesukaran disebabkan keadaan ombak tinggi dan arus deras.
"Usaha pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan pagi tadi gagal menemukan mangsa. Kita akan teruskan pencarian di sekitar 20 meter dari pantai," katanya.
Sementara itu isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau bersama suami serta dua anak perempuan berusia sembilan dan 11 tahun tiba di Kuala Terengganu Jumaat lepas untuk bercuti.
Nora Elina berkata mereka mengambil kesempatan meluangkan masa berkelah di tepi Pantai Batu Buruk pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok.
Bagaimanapun ketika asyik bermain pasir bersama anaknya, beliau mendapati suaminya sudah tiada di kawasan sekitar pantai.
"Tiba-tiba saya lihat kelibat suami di dalam air. Saya terus lempar pelampung dan berenang untuk menyelamatkan suami. Bagaimanapun ombak dan arus terlalu kuat. Saya terpaksa berpatah balik dan dapatkan bantuan daripada pihak hotel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Anggota Bomba dan Penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat Zulkarnain Mohamed Zubir yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.