awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut kepala air

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2021
22:49 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut kepala air
Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan di lokasi. Gambar kecil: Azman Alias -Foto ihsan Bomba
KEMAMAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Cerul di Kampung Lubuk Batu, Chukai, di sini petang Sabtu.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi mencari mangsa, Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, dilancar selepas pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 6.37 petang.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakannya berusia 20-an mandi di kawasan sungai berkenaan sebelum arus deras secara tiba-tiba dari bahagian hulu sungai akibat hujan lebat.
"Mangsa bersama rakan-rakannya cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai namun hanya lima daripada mereka yang sempat naik ke tebing manakala Mohamad Shafiq telah dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya, operasi mencari mangsa dijalankan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai, di sini.
"Bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini (Sabtu) kita melakukan pencarian di sepanjang tebing sungai dan di permukaan air menggunakan bot pada jarak kira-kira sejauh satu kilometer dari tempat terakhir mangsa dilihat," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut kepala air
Topic Berkaitan
#kepala air
#dihanyut arus deras
#mandi bersama rakan
#Sungai Cerul
#Kampung Lubuk Batu
#Chukai
#Azman Alias
#Mohamad Shafiq Ab Llah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan