awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2017
09:01 MYT
Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis
Tertuduh mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah. - Foto Astro AWANI
Akibat melarikan diri dari tahanan polis, seorang lelaki yang sebelum itu ditahan atas kesalahan dadah, dihukum penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas tertuduh Thuan Boon Heng, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, Thuan telah melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang menerima rawatan di Tingkat 3A Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun lepas.
BACA: Tahanan lolos, lapan anggota polis direman empat hari
BACA: Tahanan lolos dibawa bertemu keluarga, bukan ke hospital - Polis Pulau Pinang
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Hamzah Azhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hamzah berkata, tertuduh mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, justeru beliau memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat supaya tidak melarikan diri daripada tahanan polis.
Thuan yang berbaju kuning dan berseluar pendek, serta memakai penutup muka, dalam rayuannya meminta supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mempunyai penyakit batuk kering dan memerlukan rawatan.
Topic Berkaitan
#lari
#Mahkamah Majistret
#penjara
#tahanan polis
#Thuan Boon Heng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan