awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara sebulan, anjing peliharaan cederakan wanita

Bernama
Bernama
20/04/2023
10:00 MYT
Lelaki dipenjara sebulan, anjing peliharaan cederakan wanita
Trini Emmanuel yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia tidak bekerja. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melepaskan seekor anjing peliharaannya jenis Belgian Shepherd sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah akibat digigit anjing itu, Ahad lepas.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap N.Trini Emmanuel Nettar, 53, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangkan bahaya atau musibah kepada T.S.Sheela, 35, dengan cara melepaskan haiwan itu sehingga mangsa cedera parah di hadapan sebuah rumah di Jalan Nangka, Off Jalan Kovil Hilir Perhentian, Sentul di sini pada 7.30 malam, 16 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 18 April lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh melepaskan anjing itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
"Ia juga dapat memberi pengajaran kepada tertuduh agar perbuatan sama tidak berulang lagi selain dapat memberi pengajaran kepada masyarakat untuk menjaga haiwan peliharaan mereka agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain," katanya.
Trini Emmanuel yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia tidak bekerja.
"Saya memohon maaf atas kesalahan ini dan kepada semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#penjara
#haiwan peliharaan
#denda minimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan