awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putin akan bincang bersama Utusan Khas AS guna aset dibekukan sokong Lembaga Keamanan
Piala Dunia T20: Bangladesh tegas tidak akan beraksi di India selepas ICC tolak permohonan
FMOS terima 3,253 aduan, selesaikan 2,268 pertikaian sejak ditubuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2024
00:45 MYT
Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital
Saarani (tengah) menziarahi Ahmad Nazri dan bertemu dengan keluarga mangsa di HRPB di sini pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki yang dipijak gajah berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik pada Khamis masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Kejadian yang menimpa mangsa, Ahmad Nazri Osman, 55, turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.
"Dikejutkan dengan berita lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli. Petang tadi saya terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk melihat keadaan sebenar mangsa.
"Saya difahamkan, Ahmad Nazri Osman yang berasal dari Felda Bersia mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala. Sempat beri kata semangat kepada ahli keluarga yang diuji dengan cabaran di sebalik meraikan Aidilfitri," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Saarani turut meminta orang ramai mendoakan supaya mangsa segera sembuh dan kesihatan kembali pulih akibat kejadian berkenaan.
Media pada 12 April melaporkan mangsa parah selepas diserang gajah liar ketika mencari tempat untuk buang air besar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Khamis.
Dalam kejadian sekitar jam 7 malam, mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gajah liar
#dipijak
#Ahmad Nazri Osman
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan