awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
12/05/2024
23:30 MYT
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Anggota bomba ketika mengumpul maklumat insiden serangan buaya. Gambar kanan: Lawrence Adi Raynold - Foto JBPM Sarawak
SRI AMAN: Seorang lelaki dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya ketika menjala ikan di Kampung Bangkong Asal, Pantu di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.30 malam Ahad dan segera mengaktifkan pasukan dari Balai Sri Aman ke lokasi untuk mendapatkan maklumat awal.
Kejadian malang itu, kata Henderi, dipercayai berlaku sekitar jam 5.00 petang tersebut.
"Mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Lawrence Adi Raynold , 32, sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan bersama tiga rakannya di tebing Sungai Semeruang, Bangkong.
"Secara tiba-tiba mangsa diserang seekor buaya dan dilarikan ke dasar sungai.
Rakan mangsa, kata Henderi, kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga mangsa di rumah panjangnya, yang terletak 40 minit perjalanan dari lokasi, selain memanjangkan maklumat kepada pihak polis.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap," ujarnya lagi.
Pantu memiliki populasi buaya yang banyak dan sering berhadapan dengan krisis buaya-manusia.
Topic Berkaitan
#buaya
#SAR
#menjala ikan
#Lawrence Adi Raynold
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan