awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan

Bernama
Bernama
08/06/2023
16:39 MYT
Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan
Seorang lelaki berumur 31 tahun yang dipercayai mendera bayi teman wanitanya ditahan di sebuah flat di Jinjang malam ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 31 tahun yang dipercayai mendera bayi teman wanitanya ditahan di sebuah flat di Jinjang di sini malam ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D. Saralathan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan polis akan memohon perintah reman esok.
"Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Semalam, tular video seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah pangsapuri di Setapak.
Bayi itu, yang cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam kedua-dua belah mata, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Siasatan awal polis mendapati punca bayi malang itu dipukul ialah kerana membuat bising dan ibunya dikatakan cuba menghalang suspek tetapi tidak berdaya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera bayi perempuan
#Lelaki ditahan
#Jinjang
#Polis Daerah Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan