IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin mengeluarkan perintah reman disambung seminggu lagi terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas.
Suspek yang berumur 40 tahun itu disambung reman sehingga 23 November hadapan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas mendapat permohonan lanjutan daripada pihak polis.
Pada 10 November lalu, suspek direman seminggu, yang berakhir hari ini, bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih tertusuk di lehernya di sebuah rumah di Kampung Cina, Menglembu, Ipoh.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang 9 November lalu, mangsa yang berusia 73 tahun dipercayai ditikam dan dikelar oleh anak saudaranya sendiri di dalam rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa ditemui anggota polis dalam keadaan tertiarap di tepi katil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis juga akan menyemak rekod kesihatan suspek.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 16 2021
Suspek (kanan) yang berumur 40 tahun itu disambung reman sehingga 23 November hadapan. - Foto Astro AWANI
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Lelaki disyaki kelar ibu saudara sehingga mati direman seminggu lagi
Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan perintah reman bersambung seminggu lagi terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas.
Lelaki disyaki bunuh ibu saudara direman seminggu
Polis akan menyemak rekod kesihatan suspek bagi membantu siasatan kes bunuh ibu saudaranya yang berusia 73 tahun.
Lelaki ditahan, dipercayai kelar tikam ibu saudara sendiri
Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu saudaranya dalam satu kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini petang tadi.
Penganggur didakwa bunuh adik dan ibu saudara di Baling
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majisret Baling atas dua pertuduhan membunuh adik dan ibu saudaranya di Kampung Linai, Parit Panjang.