Skip to main content

Malaysia

Lelaki disyaki pakar buat bom ditahan di Nibong Tebal

81484308440_ChuahGheeLye.jpg
Polis Pulau Pinang bertindak menahan seorang lelaki dipercayai pakar membuat bom dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Minamah, Nibong Tebal , jam 11 pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Gyee Lye berkata, polis  turut menemui perkakas dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan termasuk alat kawalan jauh, transmiter, kotak suis, alatan pencair logam,  lapan butir peluru, senapang patah serta sebatang paip PVC  yang mengandungi sumbu dan wayar.

“Setakat ini hasil siasatan yang dijalankan kami mempercayai bahawa yang bom ini adalah untuk  melindungi kegiatan dadah yang  dilaksanakan. Aktiviti dadah  yang dibuat oleh suspek tetapi siasatan masih diteruskan sama ada mungkin ada tujuan lain mereka membuat bom,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut ditahan bersamanya ialah seorang wanita yang dipercayai rakan subahat suspek.

Kedua-dua suspek  berusia 34 dan 42 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi memastikan bom berkenaan tidak dibuat untuk tujuan lain.

Dalam serbuan itu  polis turut merampas  pelbagai jenis dadah, antaranya heroin seberat 12.65 gram, ketamin 18.35 gram, syabu 3.26 gram, 24 biji pil ecstacy dan perangsang kaffein seberat satu kilogram serta peralatan memproses dadah.

Siasatan mendapati suspek lelaki turut mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi kenderaan dan telah menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video