KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes melontar 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung pada Rabu lalu.
Lelaki terbabit ditahan di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit dipercayai milik lelaki berusia lingkungan 30-an itu.
"Suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohs Yusri menambah kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Dalam masa sama, beliau berkata polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi Rabu lalu, pemimpin DAP terbabit bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Astro Awani
Fri Jan 12 2024
Mohd Yusri berkata pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit dipercayai milik lelaki berusia 30-an itu. - Gambar fail/Sinar Harian
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Lelaki ditahan berhubung kes lontar 'molotov cocktail' ke rumah Ngeh
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.