BALIK PULAU: Tindakan seorang lelaki yang membawa 676 bungkusan air ketum dalam bungkusan plastik sampah dalam kenderaannya yang dipercayai cuba mengelak dikesan polis terbongkar selepas suspek ditahan di Jalan Sungai Burung, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan di tepi jalan dan pemeriksaan dalam kenderaan dipandunya menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik sampah warna hijau dan hitam yang mengandungi air ketum.
"Polis menahan kereta itu kerana pemandunya berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan kami menemukan 26 plastik besar yang mengandungi 676 bungkusan air ketum dipercayai lelaki tersebut mahu menjualnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Katanya semua air ketum bernilai RM3,380 itu dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang utama yang menjalankan kegiatan memasak serta menjual air ketum tersebut.
Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata polis menahan tiga lelaki berusia 20-an dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Sultan Azlan Shah-Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu, dekat sini bermula 11 malam Sabtu hingga 7 pagi semalam.
Katanya dalam operasi itu sebanyak 18 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan tiga motosikal turut disita.
"Hasil pemerhatian dalam operasi itu terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara menduga kelajuan dan beraksi membongkokkan badan serta aksi 'superman' yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata tiga lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Pemeriksaan polis di dalam kereta menemukan 26 plastik besar yang mengandungi 676 bungkusan air ketum dipercayai untuk dijual. - Foto Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.
13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Lelaki ditahan bersama 676 bungkus air ketum
Pemeriksaan dalam kenderaan menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik warna hijau dan hitam mengandungi air ketum.