awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cederakan rakan tuntut hutang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2022
23:00 MYT
Lelaki ditahan cederakan rakan tuntut hutang
Suspek direman lima hari bermula pada Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan/Bernama
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencederakan seorang buruh kasar yang mahu menuntut hutang dalam kejadian di Taman Dusun Setia pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 1.45 petang di sebuah rumah di Taman Dusun Setia di sini.
Menurutnya, ketika ditahan suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan hasil siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutang lebih daripada jumlah sebenar yang dipinjam.
"Mangsa telah menuntut hutang sebanyak RM380 sedangkan hutang sebenar ialah RM180.
"Suspek telah meminta tempoh untuk menjelaskan hutang itu sehingga Sabtu tetapi mangsa tetap mendesak sehingga berlaku pertengkaran antara mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Nanda berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas sebilah pisau jenama W1230 berhulu kayu panjang lebih kurang 29 sentimeter.
"Suspek direman lima hari bermula pada Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang buruh kasar dipercayai dicederakan rakannya dengan objek tajam ketika menuntut hutang di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Taman Dusun Setia di sini pada Selasa.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun telah pergi ke rumah suspek yang berjanji untuk membayar hutang setelah mendapat gaji sebelum berlaku pertengkaran mulut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tuntut hutang
#Taman Dusun Setia
#Nanda Maarof
#cederakan rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan