awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/10/2024
02:45 MYT
Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun di Bersia, Gerik.
IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun di Bersia, Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.
Katanya, Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu kemudiannya telah membenarkan suspek direman tujuh hari, sehingga Khamis depan.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat ekoran laporan polis mengenai kejadian tersebut, kira-kira 12.23 pagi Khamis.
“Hasil siasatan, kejadian berlaku pada 23 Oktober 2024 di antara jam 1 hingga 5 pagi.
“Pengadu telah membawa mangsa ke Hospital Gerik untuk membuat pemeriksaan dan kemudian ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Menurut Zulkifli, suspek juga mempunyai rekod lampau kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kes rogol
#rogol anak kandung
#Bersia Gerik
#reman tujuh hari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan