awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kerana ugut wakil rakyat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/05/2020
06:05 MYT
Lelaki ditahan kerana ugut wakil rakyat
Dr Robert Ling Kui Ee membuat laporan polis berhubung beberapa ugutan yang diterima termasuk terhadap keluarga serta perniagaannya oleh beberapa individu melalui Facebook dan kiriman mesej. - Gambar Astro AWANI
Dua lelaki ditahan di Selangor dan Perak pada Jumaat bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee.

Ugutan itu dipercayai dilakukan berikutan tidak berpuas hati mereka terhadap tindakan bekas Ketua Cabang PKR Sungai Petani itu keluar daripada parti berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki berusia 23 dan 39 tahun itu ditahan ketika serbuan di lakukan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Tangkapan pertama dilakukan sekitar Telok Bunut, Banting, Selangor kira-kira pukul 6 petang manakala suspek kedua ditahan di Taman Sentosa, Langkap, Perak setengah jam kemudian.

Kedua-dua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Jelas Adzli, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Polis turut merampas telefon bimbit milik kedua-dua suspek.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Rabu lalu, Dr Robert membuat laporan polis berhubung beberapa ugutan yang diterima termasuk terhadap keluarga serta perniagaannya oleh beberapa individu melalui Facebook dan kiriman mesej.

Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#Dr Robert Ling Kui Ee
#Kedah
#kes ugutan jenayah
#Ketua Cabang PKR Sungai Petani
#Seksyen 507 Kanun Keseksaan
#Sidam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan