awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
PSM mahu teruskan rentak cemerlang skuad takraw
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kes amang seksual anak yatim dua beradik

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2021
07:16 MYT
Lelaki ditahan kes amang seksual anak yatim dua beradik
Lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan pada Jumaat lalu selepas polis menerima laporan kejadian daripada bapa saudara mangsa.- Gambar hiasan
IPOH: Seorang kakitangan pusat jagaan anak yatim di sini ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan dua beradik lelaki yang juga penghuni pusat berkenaan berusia 13 dan 10 tahun.
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan pada Jumaat lalu selepas polis menerima laporan kejadian daripada bapa saudara mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, perbuatan jijik suspek itu terbongkar selepas bapa saudara melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan selain berubah sikap dan emosi ketika dibawa bercuti ke rumahnya di Kampung Kepayang di sini.
Menurutnya, apabila ditanya, kedua-dua mangsa memberitahu bahawa mereka telah dicabul dan cuba diliwat oleh suspek di beberapa lokasi termasuklah di bangunan lama dan asrama baru pusat jagaan itu serta ketika dibawa bercuti ke Cameron Highlands.
"Kedua-dua mangsa telah menceritakan kejadian pertama kali dicabul semasa mereka bersama dua lagi rakan diajak bercuti ke Cameron Highlands selama satu bulan pada awal November tahun lalu.
"Kejadian itu kemudiannya berlarutan banyak kali dan kali terakhir pada April lepas apabila mangsa cuba diliwat suspek di sebuah rumah di Bandar Seri Botani, Ipoh," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa telahpun dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama lima hari bermula Sabtu lepas sebelum disambung tiga hari lagi sehingga 5 Jun ini bagi siasatan kes di bawah Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Selama tempoh kejadian itu, kedua-dua mangsa tidak pernah menceritakan kejadian kepada sesiapa kecuali bapa saudara mereka," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Lelaki ditahan kes amang seksual anak yatim
Topic Berkaitan
#cabul
#amang seksual
#Kanak-kanak
#anak yatim
#Ipoh
#Anuar Othman
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Cameron Highlands
#diliwat
#liwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan