awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengambilan guru kontrak tidak jejas peluang calon guru simpanan sedia ada - KPM
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan

Bernama
Bernama
02/05/2024
15:19 MYT
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Amiruddien berkata suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan/Unsplash
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata lelaki berusia 22 tahun dan tidak bekerja itu ditahan di tepi jalan di sebuah kampung kira-kira 9.20 malam, semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira empat jam sebelum penahanan menyatakan anaknya yang berusia lapan tahun dibawa lelaki berkenaan ke sebuah inap desa untuk mengambil barang.
"Menurut ibunya, semasa di inap desa, suspek didakwa menurunkan seluar mangsa separas paha menyebabkan kanak-kanak tersebut terus keluar dari inap desa tersebut.
"Kejadian tersebut membuatkan kanak-kanak itu berubah menjadi pendiam dan keadaan itu disedari oleh guru kanak-kanak tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek saling mengenali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amiruddien berkata suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#siasatan awal
#inap desa
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan