awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan merokok di khalayak ramai, diberi tazkirah

Radhi Muslim
Radhi Muslim
04/05/2021
04:45 MYT
Lelaki ditahan merokok di khalayak ramai, diberi tazkirah
Selepas beberapa minit diberikan tazkirah, lelaki itu mengangguk faham dan meluahkan kekesalannya kerana tidak berpuasa serta merokok di kawasan awam. - Gambar Astro AWANI
SANDAKAN: Seorang lelaki beragama Islam diberikan tazkirah di lokasi kejadian selepas didapati merokok dan tidak berpuasa dalam Operasi Ramadan di Pusat Bandar Sandakan, pada Isnin.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Abdul Razak Hamdin berkata, pihaknya yang membuat rondaan terserempak dengan lelaki itu yang dilihat sedang merokok di kawasan awam.
Menurutnya, pasukan penguat kuasa cuba memeriksa lelaki berkenaan, namun dia cuba melarikan diri.
Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama kemudian.
Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu merupakan seorang Islam dan mengakui tidak berpuasa.
Susulan itu, anggota penguat kuasa JHEAINS memberikan tazkirah di lokasi kejadian dan memberikan kefahaman bahawasanya berpuasa adalah kewajipan kepada semua umat Islam.
"Kami telah menasihati individu tersebut supaya tidak merokok di khalayak ramai, begitu juga makan dan minum," katanya.
Operasi itu turut dijalankan di lokasi pembelian nombor ekor di mana lebih lapan premis terbabit diperiksa.
"Alhamdulillah hari ini kita tiada data tangkapan. Bagaimanapun, umat Islam dinasihatkan agar menghormati bulan Ramadan dan tidak membeli nombor ekor ataupun berjudi kerana ia salah dari segi hukum syarak dan enakmen sedia ada,” tegasnya.
Jelas Abdul Razak, pihaknya akan meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Jheains
#tazkirah
#merokok di khalayak ramai
#tidak berpuasa
#Pusat Bandar Sandakan
#Abdul Razak Hamdin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan