awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri

Bernama
Bernama
06/02/2025
05:46 MYT
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Lelaki memiliki lastik menyerupai senapang dan panah itu ditahan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.- Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Tambun di sini, tengah malam Selasa.
Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Katanya hasil serbuan itu pihaknya merampas senjata itu selain 300 bebola galas dan telefon bimbit.
"Kita telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Suspek telah ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini (6 Feb) bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
"Orang ramai justeru dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api.
"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang memiliki senjatapi buatan sendiri atau tanpa lesen," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#senjata buatan sendiri
#Ipoh
#polis Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan