awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan samun gelang emas pembantu perpustakaan

Bernama
Bernama
28/02/2025
10:00 MYT
Lelaki ditahan samun gelang emas pembantu perpustakaan
Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah perpustakaan desa di Kampung Tersusun, Padang Besar, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Mohd Shokri Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah memaksa mangsa yang merupakan pembantu perpustakaan berkenaan menyerahkan seutas gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 sebelum melarikan diri.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai polis berjaya menangkap suspek berusia 36 tahun kira-kira 3.40 petang, semalam di kawasan Kampung Kolam, Padang Besar.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan samun secara bersendirian dan telah menjual barang kemas berkenaan di sebuah kedai emas di Jitra, Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas wang hasil jualan barang kemas itu, telefon bimbit, kenderaan yang digunakan dalam kejadian dan pakaian suspek.
Mohd Shokri berkata suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau berkata polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan pengurus sebuah kedai emas di Jitra pada 5.30 petang, semalam bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu perpustakaan
#rantai emas
#kes samun bersenjata
#padang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan