awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan selepas terkena tembakan

Bernama
Bernama
17/01/2013
12:53 MYT
Lelaki ditahan selepas terkena tembakan
Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan curi kereta, dadah dan samun berjaya ditahan selepas terkena tembakan polis dalam kejadian di Kampung Pacakan, Semerak di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata dalam kejadian 4.20 pagi itu, suspek yang berumur 35 tahun, cedera pada paha kanan apabila dia dan dua rakannya yang menaiki sebuah kereta cuba merempuh salah sebuah tiga kereta peronda polis Besut yang mengejarnya dari Setiu, Terengganu.
"Apabila tiba di Kampung Pacakan iaitu di sempadan Besut/Pasir Puteh, kereta yang dinaiki suspek membuat pusingan U seolah-olah cuba merempuh kereta polis, yang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kereta yang dinaiki suspek itu kemudiannya terbabas dan seorang daripada rakannya yang berumur 30 tahun cedera ringan berikutan terkena cermin kereta yang pecah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Mohd Kamal berkata hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa senjata berbahaya termasuk pedang ala samurai dan peralatan mencuri kereta yang disimpan di dalam kereta berkenaan. Katanya kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai dicuri di Tanah Merah pada 12 Januari lepas.
Beliau berharap orang ramai dapat membantu polis untuk mengesan seorang lagi rakan suspek dikenali sebagai Hafizan Mohd Hanafi, 39, berasal dari Felda Aring, Gua Musang yang berjaya melarikan diri, dengan menghubungi balai polis berdekatan.
Topic Berkaitan
#dikehendaki polis
#DSP Mohd Kamal Zainal
#suspek
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan