PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki menayang pistol mainan melalui tingkap kereta semasa sedang memandu berhampiran pusat beli-belah One Utama menghala ke Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong di sini membawa padah apabila ditahan polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, gelagat suspek berusia 28 tahun itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang lain dalam kejadian sekitar jam 6.15 petang berhampiran kompleks beli-belah berkenaan.
"Pada jam 7.03 malam 29 Mei lalu, polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki yang sedang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna merah mengeluarkan pistol dari tingkap dan menghalakan ke atas.
"Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya telah menahan seorang lelaki tempatan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Fakhrudin berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa pistol berkenaan merupakan pistol mainan.
"Suspek mendakwa bahawa pistol mainan berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya yang berumur empat tahun dan mendakwa sedang bermain dengan anak buahnya itu ketika kejadian," katanya.
Beliau berkata, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan pistol mainan berwarna hitam-coklat untuk membantu siasatan.
Katanya, suspek yang mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah itu direman dua hari bermula Isnin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 30 2022

Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa pistol berkenaan merupakan pistol mainan. - Foto Sinar Harian

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Lelaki ditahan tayang 'pistol' sambil memandu
Tindakan seorang lelaki menayang pistol mainan melalui tingkap kereta semasa sedang memandu berhampiran pusat beli-belah One Utama menghala ke Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong di sini membawa padah.